Indahnya berjalan di atas sunnah

menuntut ilmu agama,adalah kunci kebahagian dunia dan akhirat

Kisah Tentang Taubat 05/06/2011

Filed under: Kisah-kisah islam — akhrudi88 @ 10:13 p06

Taubat Nabi Adam a.s.

Diriwayatkan dari Hasan, ia berkata bahawa ketika Allah menerima taubat Nabi Adam a.s., para malaikat mengucapkan selamat kepadanya dan Jibril serta Mikail a.s. turun kepadanya seraya berkata, “Wahai Adam, tenanglah hatimu sebab Allah Taala telah menerima taubatmu.”

Jawab Nabi Adam a.s., “Hai Jibril, jika sesudah taubat ini ada pertanyaan, maka di mana sebenarnya maqam (kedudukan) aku?”

Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi Adam a.s., “Hai Adam, Kuwariskan kepada keturunanmu jerih-payah dan upah, dan Kuwariskan taubat kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka berdoa kepada-Ku, pasti Kukabulkan sebagaimana Aku mengkabulkan engkau, dan barangsiapa memohon ampunan-Ku, Aku tidak berlaku kikir ke atasnya. Sebab Aku dekat, dan pengampun dosa. Hai Adam, orang-orang yang bertaubat akan dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan suka ria dan tersenyum simpul di mana doa permohonan mereka dikabulkan.”

Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat

Diriwayatkan bahawa di kalangan Bani Israil ada seorang pemuda yang beribadat kepada Allah selama 20 tahun dan membuat maksiat kepada-Nya selama 20 tahun pula. Suatu hari dia melihat wajahnya di cermin, dan nampaklah janggutnya yang beruban. Dia merasakan dirinya telah tua dan sudah tentu telah dekat dengan kematian.
Keadaan itu menyebabkan hatinya merana, lalu mengeluh, “Hai Tuhanku, aku telah taat kepada-Mu selama 20 tahun, kemudian maksiat kepada-Mu selama 20 tahun pula. Andaikata aku kembali kepada-Mu, sudikah Engkau menerima-Ku?”

Kemudian dia mendengar suatu suara berkata, “Engkau telah mencintai-Ku, maka Aku pun mencintaimu. Engkau telah meninggalkan-Ku, maka Aku pun meninggalkanmu. Dan engkau telah maksiat kepada-Ku, maka engkau Kuberi waktu. Jikalau engkau kembali kepada-Ku, Aku terimalah engkau.”

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka Bagi orang yang bertobat
Seorang lelaki telah bertanya kepada Ibnu Mas`ud tentang seorang yang berdosa tapi menyesalinya, apakah bagi orang itu ada hak taubat. Ibnu Mas`ud berpaling daripadanya, kemudian menghadapnya semula dengan kedua matanya bercucuran air mata, lalu menjawab, “Sesungguhnya Syurga itu mempunyai delapan pintu yang seluruhnya kadang kala terbuka dan kadang kala terkunci, kecuali pintu taubat. Pada pintu ini ada malaikat yang diserahi tugas agar jangan menguncinya. Bertaubatlah, jangan berputus asa!”

Taubat Dengan Menebus Dosa
Pada umat sebelum Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Suatu hari dia menanyakan tentang orang yang paling alim di dunia ini, lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib. Lelaki itu pergi berjumpa sang rahib dan mengatakan bahawa dirinya telah membunuh 99 orang, apakah masih berhak untuk taubat. Rahib itu mengatakan tidak. Lalu dibunuhnya sekali rahib tersebut dan dengan itu cukuplah seratus orang. Kemudian ia bertanya lagi siapa yang paling alim di dunia ini. Ditunjukkanlah kepadanya salah seorang alim, lalu ia pun mengaku kepada orang alim itu yang ia telah membunuh seratus orang, apakah ia boleh bertaubat.
Jawab orang alim itu, “Ya. Siapa yang dapat menghalang kamu daripada bertaubat? Pergilah ke kampung sekian, sekian. Di sana, orang-orangnya memuja Allah Taala. Menujulah kepada Allah bersama-sama mereka dan jangan kembali ke kampungmu. Sebab kampungmu adalah tanah jahat.”
Di pertengahan jalan, lelaki itu telah meninggal dunia. Maka berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang siapa yang berhak menguruskannya.

Malaikat rahmat berkata, ” Di hatinya telah ada taubat kepada Allah.”

Malaikat azab pula berkata, “Dia belum berbuat kebaikan sama sekali.”

Kemudian, Allah mendatangkan malaikat lain dalam rupa manusia biasa untuk memutuskan perkara itu. Jarak di antara lelaki itu dengan kedua buah kampung pun diukur. Ternyata ia lebih dekat dengan kampung yang sedang ditujuinya dengan kadar satu jengkal. Akhirnya ia pun diuruskan oleh malaikat rahmat. Oleh itu, jelaslah bahawa tidak ada keselamatan kecuali dengan lebih beratnya timbangan kebaikan walaupun hanya seberat satu atom. Kerana itu wajib bagi orang yang bertaubat untuk memperbanyakkan kebaikan bagi menebus dosa-dosanya.

sumber : http://www.mukmin.com.my

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.